Apa Itu Public Gold GAP 24K?
Public Gold GAP 24K atau Gold Accumulation Program adalah program pelaburan emas patuh syariah yang ditawarkan oleh Public Gold Malaysia. Program ini membolehkan pelabur membeli dan menyimpan emas tulen 24 karat secara berperingkat bermula dari jumlah yang kecil. Harga emas GAP 24K dikemaskini mengikut harga emas dunia dan boleh berubah pada bila-bila masa. PublicGoldPrice.com merekodkan setiap perubahan harga ini untuk kemudahan rujukan pelabur.
Public Gold GAP 24K — 100% Patuh Syariah
Public Gold Malaysia merupakan syarikat pertama di dunia yang mendapat pensijilan patuh Syariah untuk urus niaga emas dan perak, termasuk program GAP 24K. Pensijilan ini dikeluarkan oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd., sebuah firma penasihat Syariah bertaraf antarabangsa yang diiktiraf. Ini bermakna setiap transaksi pembelian, pembayaran ansuran (EPP), buyback, dan program simpanan melalui Public Gold adalah halal dan sah mengikut hukum Syariah Islam. Anda boleh melabur dengan tenang dan yakin.
Untuk maklumat lanjut mengenai Public Gold, sila lawati — Soalan Lazim Public Gold
Tentang PublicGoldPrice.com
PublicGoldPrice.com adalah laman web penjejak harga emas dan perak Public Gold secara langsung (live) yang dibangunkan oleh dealer Public Gold bertauliah. Laman web ini memaparkan harga terkini Public Gold GAP 24K dan SAP 999 yang dikemaskini setiap 3 minit, berserta rekod harga harian untuk rujukan anda.
Laman web ini sesuai digunakan oleh:
- Ahli Public Gold yang ingin memantau pergerakan harga emas dan perak setiap hari
- Pelabur yang ingin mengesan masa terbaik untuk membeli atau menambah simpanan emas dan perak
- Orang awam yang ingin mengetahui harga semasa emas dan perak Public Gold tanpa perlu log masuk ke akaun
Belum jadi ahli Public Gold? Mulakan pelaburan Emas & Perak anda serendah RM100 sebulan je!
Daftar Percuma, 100% Patuh Syariah
Data dan harga Emas yang dipaparkan di laman ini adalah berdasarkan harga rasmi terkini daripada Public Gold Malaysia di bawah Program Simpanan Emas (24K). Harga adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.